Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan masyarakat antarabangsa dalam usaha membawa keamanan ke Gaza serta penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berasaskan persempadanan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Malaysia sedang mengatur pemindahan rakyatnya yang terkandas di utara India menggunakan penerbangan terawal susulan banjir dan tanah runtuh akibat hujan monsun berterusan yang telah meragut puluhan nyawa.
KUALA LUMPUR, 23 APRIL Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden serangan maut di Pahalgam, Kashmir pada Selasa, menurut Kementerian Luar atau juga kenali sebagai Wisma Putra.
PUTRAJAYA, 31 OKT: Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam situasi banjir besar susulan hujan lebat berterusan sejak 29 Oktober di wilayah Valencia, Sepanyol, menurut Kementerian Luar.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Kementerian Luar sedang memantau perkembangan terkini di Lubnan berikutan serangan di Beirut dan menegaskan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Lubnan menjadi keutamaan.
KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Kementerian Luar memantau dengan teliti situasi mencabar di Bangladesh dengan insiden rusuhan yang meluas telah menimbulkan kebimbangan keselamatan dalam kalangan pelajar Malaysia dan keluarga mereka di Dhaka dan Mymensingh.
KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di New York mengesahkan gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey, 10.20 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat.
JAKARTA, 12 FEB: Proses pengundian bagi Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang bermula pada awal bulan ini dan berterusan sehingga 14 Februari di luar negara, termasuk Malaysia berjalan lancar, menurut Kementerian Luar Indonesia.
PUTRAJAYA, 23 NOV: Malaysia memuji perjanjian gencatan sementara yang dicapai antara Hamas dan Israel semalam yang merupakan langkah ke arah menamatkan pembunuhan orang awam dan meminimumkan penderitaan rakyat di Gaza.
PUTRAJAYA, 24 OKT: Malaysia memperbaharui komitmennya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena ulang tahun ke-78nya pada Selasa, namun menekankan reformasi perlu dilakukan untuk memastikan badan dunia itu kekal sesuai dengan tujuan asalnya.
KUALA LUMPUR, 10 OKT: Kerajaan akan menyalurkan RM1 juta dana serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar, susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.
PUTRAJAYA, 16 APRIL: Kementerian Luar memantau rapat situasi di Khartoum, Sudan, berikutan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu, yang telah mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di negara itu.
KUALA LUMPUR, 1 OKT: Seramai 261 orang mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja warganegara Malaysia telah berjaya diselamatkan sehingga kini.
KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Lima lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air semalam.
KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Malaysia bersedia menghulur bantuan kepada Lubnan dalam apa jua cara yang mungkin, susulan kejadian letupan hebat yang menggegarkan Beirut, Lubnan pada Selasa.
PUTRAJAYA, 8 SEPT: Malaysia menolak sepenuhnya kenyataan dibuat Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengeluarkan nama Malaysia daripada senarai Negara-negara Pihak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) setelah PBB melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom ICC.
PUTRAJAYA, 23 APR: Kementerian Luar akan lebih berhati-hati dalam menyampaikan maklumat berkaitan perkara dan dasar penting susulan kontroversi yang melanda isu Statut Rom, kata Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah.
PUTRAJAYA, 21 MAC: Kementerian Luar hari ini mengesahkan dan mengumumkan kematian Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, iaitu salah seorang mangsa yang terbabit dalam kejadian tragis di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.
PUTRAJAYA, 3 JAN: Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar, berkuat kuasa 7 Januari ini.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.